Aksi ekstrem rakyat Indonesia bakar bendera Malaysia, baling telur busuk, lepas ni apa pula?
Langkah pelajar Indonesia yang membaling telur busuk ke Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam menyemarakkan lagi protes mereka kepada Malaysia sehingga mendesak kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Isu terbaru ialah tarian Jawa oleh iklan Melawat Malaysia dan isu hangat lagu Negaraku yang mereka dakwa adalah diciplak dari lagu Indonesia - "Terang Bulan".
Bermula dari isu Pulau Ambalat selepas itu meleret-leret pelbagai isu lain seperti penderaan amah, kebudayaan, Noordin Mat Top dan lain-lain, rakyat Indonesia ramai yang membenci Malaysia dan mereka gelar Malingsial mungkin kerana tak suka digelar INDON. Ok lepas ni kita jangan panggil diaorang Mat Indon lagi, kenapa panggil nama panjang "Mat Indonesia" . Perkataan lain seperti Mat seberang, jebeng dan sebagainya pun boleh juga asal jangan dipanggil Mat Indon. Mereka rasa sungguh terhina tak tahu kenapa. Lepas ni jangan rakyat Bangladesh pula tak suka kena panggil Mat Bangla sudahlah.
Bibit kebencian ini juga turut ditiup oleh pihak media mereka apatah lagi oleh blogger-blogger di sana. Kemuncak kemarahan mereka ialah pembakaran bendera Malaysia dan selepas itu isu baling telur busuk ke Kedutaan Malaysia.
Nampak sangat mereka seperti sudah tidak sabar-sabar lagi nak bergaduh dengan Malaysia tetapi yang peliknya kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia tetap cool. Kita rakyat Malaysia memang tidak suka berperang apatah lagi dengan saudara serumpun dan seagama. Kalau nak perang sangat pergilah Palestin sana melawan tentera Yahudi.
Sedangkan ramai rakyat Indonesia di sini sama-sama hidup muhibbah di Malaysia. Kerajaan mesti menyelesaikan isu ini segera sebelum api bertambah besar. Mereka provok setiap hari. Tentang tarian jawa tu bahan promosi pelancongan yang memuatkan tarian itu bukannya dibuat pihak berkuasa Malaysia mahupun agensi atau pun Kementerian Pelancongan sendiri.
“Discovery Channel juga sudah menulis surat memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa promosi pelancongan Malaysia yang dihasilkan mereka yang memuatkan tarian itu bukan dilakukan kerajaan Malaysia.
Berkenaan dengan lagu Terang Bulan (macam lambang PAS pulak) kalau betul mereka boleh membuktikan lagu Negaraku adalah ciplak, apa salahnya kita membayar royalti kepada mereka dalam bentuk derma iklas kepada ekonomi mereka dan gempa bumi yang baru melanda Indonesia semalam. Tak pun kita buat jer lagu kebangsaan yang baru. Apa kurangnya pencipta lagu kebangsaan.
Berkenaan isu kebudayaan memanglah rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang berasal dari Jawa,Bugis, Boyan Indonesia memanglah kebudayaan mereka bawa sekali. Mungkinkah kerajaan mereka mahu mengalihkan isu dalaman mereka seperti isu ekonomi membiarkan sahaja atau menyemarakkan kebencian rakyat mereka yang ketagih demonstrasi tu menghina kedaulatan Malaysia.
Kalau kita fikir secara mendalam, tiada gunanya pergaduhan sesama sendiri, Malaysia dan Indonesia adalah negara Islam yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam. Islam sendiri mementingkan persaudaraan seagama (Islam). Daripada kita sibuk-sibuk bergaduh, lebih baik kita memantapkan persaudaraan kita agar dakyah/anasir-anasir luar(barat) yang akan memecah belahkan kita sekaligus menghancurkan Islam itu sendiri dapat kita elakkan.
Tuesday, January 5, 2010
Malaysia....
Posted by pengesan cinta at 4:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment